Pengikut Setia..many thanks!!

Thursday, December 10, 2009

12 perkara yang boleh menambat hati lelaki

--sumber rujukan: gua .com.my

1. Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.
------>yang ini kena kuat semangat la, kena buat plan diet, kena exercise, tapi selalu perempuan jer yg kena jaga bentuk badan, lebih sana sini org dah mula pandang, dah mula mengata, lelaki tak payah pulak jaga bentuk badan, boroi ker, gemuk ker, busuk ker, org tak pulak kata apa2 hehe.., so satu kerja extra untuk perempuan banding lelaki

2. Selain bentuk tubuh,
aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.
----->ye, kebersihan pun salah satu tuntutan agama, so kite kene bersih, potong kuku, jaga rumah bersih2, lelaki pun kena, kebersihan diri wajib la tapi kalau rumah, susah jugak la, ada yang rumah mcm tongkang pecah pun buat donno je :P

3.
Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda 'tidak sihat' pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.
----->ni selalu buat..

4.
Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.
----->perempuan mmg lemah lembut, lelaki yang selalu kasar. tapi kalau dah geram, hilang sabar mmg hilang la lemah lembut tu . macam mana nak sabar? diam.. tapi kalau diam pun diasak dengan soalan bertubi2 , mmg kena sembur la lepas tu..ada boleh ke ? hehe

5.
Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.
----->tapi kadangkala jujur juga sangat menakutkan.

6.
Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.
----->aci ker pakai bedak baby johnson jer? ohno...tak cukup?? lelaki tak kisah pun, muka tak payah pakai bedak.., rambut tak sikat pun ok lagi, baju berbau sbb berpeluh kuat kerja, kalau baju perempuan berbau org kata dia tu mmg busuk! adehh...

7.
Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran 'manja' yang anda miliki.
----->bila kite bermanja time dier busy, dier buat donno. bila dia bermanja time kite busy, kite kene buat2 tak busy.. ader boleh gitew?? ye lah.. dier banyak kerja, kite tak buat apa.. dier kerja penat , banyak pulak settlekan kerja kite (ala..tolong2 sidai baju etc), dier bagi kite rilex.. ehe.. kite paham keje dia kengkadang stress, tapi keje kite hari2 stress, ader dia paham??, tak paham?? tah la bila dia nak paham?? nak berhenti kerja??hehe... kebanyakan keje perempuan mmg lagi stress dari lelaki, surirumah pun stress, dalam rumah 24 jam , sibuk kemas masak, pastu kene cantik2 tak leh busuk suami tahu balik semua dah settle, kalau balik rumah selerak tak lama la cari perempuan kat luar..

8.
Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.
------> kalau perempuan cakap pasal shopping/ pasal anak kucing tepi jalan/ pasal makan sarapan / lunch/ dinner--ngeettt, BOSAN! kalau lelaki cakap pasal bola,-->INTERESTING, perempuan cakap pasal kawan..ngumpat..ngettt..dosa, lelaki dok kutuk pasal politik etc, org tu tak betul org ni tak betul.. bukan ngumpat ke?

9.
Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.
----->kalau lelaki tak matang?? perempuan mmg kurang matang so lelaki kena lebih matang dan rational

10. Jadilah
peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.
----->wanita sumber inspirasi lelaki.. siapa sumber inspirasi wanita tersebut? ibunya.. maksudnya wanita lebih kuat, tak boleh amik lelaki jadi sumber inspirasi..

11. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.
----->yer la.. suami pulak tak payah nak tunjuk prihatin nak call ke apa..understood, dia busy, tapi perempuan tak boleh

12.
Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.
----->perkara penting lain seperti baca surat khabar, main game, rehat sbb penat bekerja berdiri selama 2-4 jam ( walaupun perempuan bekerja jugak yang perlukan berdiri/ berjalan dan kadangkala berlari selama 4-8 jam )

kesimpulannya susah jadi perempuan zaman sekarang, banyak tuntutan, tugas yang sepatutnya dilakukan lelaki telah diambila alih oleh perempuan..
dengan kudrat yang tak seberapa nak settlekan semua benda agar org lain semua senang hati dan puas hati.. hmm..




Sunday, December 6, 2009

Idaman Immy, kasut dan levi's 501

Hari sabtu dimulakan dengan cleaning day, yeah.. aku vacumm, cuci segala habuk yg termampu, basuh baju, kemas barang etc..etc.. walaupun rumah kecik tapi bila buat sekali gus penat lah, sekalu dgn cuci kipas yang dah sebulan tak cuci, sental toilet yang aku hanya mampu lakukan seminggu sekali, lain hari serah pada harpic..

Dalam kul sepuluh mak (MIL) bawa bihun goreng, diaorang nak pi melaka, ajak teman sekali , tak dapat la ngikut sbb ada byk kerja terbengkalai nak disiapkan..

Lepas tu teman hubby pi midvalley cari kasut idaman dia





CENGGINI LAH RUPE KASUT TU..

idaman..
pujaan..

tapi tak dapat :P

sbb tak de yg jual..

Balik umah masak simple ajer

malam rest2 sambil main dgn Qis..

Hari ni ada la sempat study sket (yeah .. nak sambung lg malam ni kasi habis!)

Pastu teman hubby pi kajang.. dier nak cari seluar pulak..

Dapat la Levi's 501 idaman tu..

Aku sambar blouse satu..

Jalan balik try la explore putrajaya (saja dah lama dok sini tapi tak explore sgt pun)

1)Taman Rimba Alam, --> nampak plan macam bagus, ada laluan berkuda la, ada kolam la,... tapi sayang , abandoned... tak siap pun...

2)Presint 10, nape jalan kat sini pulak.??

Saje nak tgk sini kawasan rumah org besar-besar..

MMg cantik, some are unbelievebly big, very very BIG!

hmm...

hmm...

and hmm...

3) Wetland..

Cantik, ada satu kedai makan, next time nak try..


Saturday, December 5, 2009

Year 2010 planner for free!!!

I know.. iknoww.. we can buy it at jusco or kedai mamak..

very cheap one...

colorful one..

hehe.. but this for those who want something for FREE (+ printing cost la)

those who want can download at:

http://www.vertex42.com/calendars/2010-calendar-clipart.html




Friday, December 4, 2009

Sempurna..

Wednesday, December 2, 2009

Holiday! Holiday! Ughh..dalam mimpi ajer

I want to get off for a holiday..
Not a busy and exploring kind of thing, just a cozy and relaxing weekend..

Anyone can suggest a place?

Need suggestion fast, i think i am going this weekend..

Owhh so last minute...

i was thinking of getting to port dickson, can stay at one of TM resort, very cheap but most the time fully book.. aiyah.. last minute plan meh,,

ade gak berangan nak stay kat avilion village resort, ther water chalet all fully book..gosh, i really ..really ..really want to stay a night there.. abit expensive though rate rm500++ but sure will be very great as it is a 5 star hotel

Tell u all a secrets.. i think i never stay in a five star hotel so far in my life (tak tau la kalau ada yang dah tak ingat)

As to get a long holiday very difficult for me, i rather choose places nearby KL and selangor..

Huhu... I nak pi cuti!!!!








Mata tidak disentuh neraka


Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua jenis mata yang tidak akan disentuh oleh neraka, yaitu mata yang menangis karena ketakutan kepada Allah dan matayang pada malam hari menjaga (musuh datang) dalam melakukan peperangan fi-sabilillah. "

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

Thursday, November 26, 2009

Muzium Dan Galeri Di UITM, Shah Alam

ambar-gambar semasa konvo izzat hari tu..

tak larat komen banyak..layan pics ajer la :)